Thursday, June 23, 2011

Siapakah Bakal Juara Maharaja Lawak..??



Final Maharaja Lawak..!! tinggal SATU HARI lagi..!!! tak sabar menanti siapakah juara..
Selepas 12 Minggu berentap kini tiba aksi final yg akan menyaksikan 3 peserta kumpulan dan 1 peserta solo.. Pelbagai kejutan dan lawak dpt kita lihat sepanjang 12minggu nie.. dan aku pasti ramai yg terhibur.. setiap peserta ada naik dan turun tp hanya yg dpt terus naik sahaja dpt maintain hingga ke final.. Jom review peserta2 akhir yg akan berentap esok..

Jozan
Seperti ada yg tidak kena pada minggu pertama hingga kena perli ngan Mamat Khalid.. munkin kerana terlalu over confident.. Namun sikap egois mereka berjaya dibuang hingga membuat mereka sentiasa berada di atas dlm undian oleh para peminat.. mempunyai pengaruh sgt besar di luar sana menjadi sebab mengapa mereka berjaya menambat hati peminat-peminat.. Gabungan Johan dan Zizan yg mmg ada keserasian dan kelebihan masing2.. Johan yg terkenal ngan watak Ah Chai dan Zizan sebagai Mael Lambung telah menjadi trademark para peminat2 mereka.. Untuk persembahan terbaik mereka aku pilih,

MINGGU KE 4 = Tabung Surau.. Kreatif diorg nie wat persembahan mcm nie.. style..!


MINGGU KE 11 = Channel Astro.. Kelebihan Johan meniru suara orang lain digunakan.. mmg kelakar gila.. first masa Johan gantung sign channel astro tu.. hahaha yg terkejut, Hafiz AF pun kena juga.. Begitulah awan nano nano nano nano nano...Hahaha

Sepah
Persembahan constant dan menaik dr kumpulan ini membuat mereka menjadi saingan hebat Jozan.. terdiri drpd 3org membuat mereka mudah membuat persembahan skesta pentas yg mudah.. bukan itu sahaja, pelbagai watak mereka mampu bawa.. tp yg sering ditonjolkan watak wanita.. dr gadis, makcik kampung, mak bidan hingga ustazah pakar motivasi pun kena.. haaaaaaaaaaaa....semput~~~ Hahaha trademark Dafi yg diperkenalkan dr minggu ke 5 oleh Shuib menjadi trademark utk kump Sepah ini.. walaupun mereka nie sendiri tak pernah pun jumpa Dafi.. Persembahan terbaik mereka yg aku pilih,

MINGGU KE 2 = Penjara.. masuk penjara atas kesalahan2 dan sebab tak masuk akal.. Hahaha yg aku rasa motif takleh terima curi buku kat perpustakaan.. Hahaha cara Shuib cite masa tu pun dah mmg kelakar.. 

MINGGU KE 10 = Bidan.. Yg nie mmg takleh belah.. sedut guna vacumm.. Hahaha "mak bidan, mcm nak kopak oo" hahaha..

Nabil
Populariti telah menyelamatkan dia.. bermula dengan baik pada minggu pertama tetapi mula nampak merosot apabila minggu ke5 yg dia wat pasal detektif tu.. nmpk banyak mistake n lawak tak berapa jadi.. tambah plak pada minggu tu kena nganjing ngan Amir.. Kesian gila kat Nabil sampai kena kutuk mcm2 sbb persembahan dia yg semakin merosot.. hinggakan bila tiba giliran dia, ramai mcm dah malas nak ngok.. tetapi Nabil seorg yg kuat semangat dan tak putus asa sehinggalah dia berjaya bangkit dan kini berada di pentas akhir Maharaja Lawak.. Satu-satunya peserta solo mmg membawa cabaran besar.. disebabkan beraksi solo dia sering tampil dengan stand up komedi dan terpaksa berinteraksi dengan halimunan.. Terbaik dan mengecewakan dan itulah kelebihan yg Nabil ada.. Persembahan terbaik dia yg aku pilih,

MINGGU KE 3 = minggu bertemakan musical komedi.. Nabil the best utk tema nie.. kreatif menggunakan lalat dikumpul menjadi piano dan kemudian beralunan lagu Grenade.. tp lirik merepek.. Hahaha Lirik dia mmg kelakar tambah plak ngan gaya dia men piano tu.. Hahaha

MINGGU KE 11 = kebangkitan Nabil.. dpt lihat mcm ner dia mendapat pujian dr juri dan juga tepukan yg begitu gemuruh dr penonton.. Patung spiderman tu smpai episod minggu depan nyer pun dia bwk.. bawa tuah kot patung tu.. Hehehe Ulut tapai kakai.. Hahaha

Jambu
Muka Legend Hati Kiut.. itulah mereka.. gabungan Yus dan Taukeh.. mmg serasi.. muka Yus yg mmg ganaz tp bila wat bodoh2 mmg nampak lawaklah.. Hahaha sering mendapat pujian dr juri dan juga penonton hingga diiktiraf lawak mereka tahap International oleh Mamat Khalid.. Namun sejak akhir2 nie, persembahan mereka semakin merosot.. mungkin ketandusan idea.. mereka bertuah kerana juri memberi imuniti kpd mereka.. tp mereka mmg dah bwk mcm2 kelainan dr segi persembahan lawak pentas.. Yus, klau jadi watak pompuan mmg kelakar habis.. dan Taukeh plak jd lelaki yg nak tackle Yus.. Apee pun tak boleh.. Hahaha Tggu lah nnt, ngok apa plak kelainan mereka akan bwk yg bertaraf International utk final esok.. Persembahan terbaik mereka yg aku pilih,

MINGGU KE 4 = Buat pertama kali Yus tampil ngan gaya perempuan.. yg takleh belah wat gaya mcm Nora Danish.. Hahaha part paling best masa Taukeh kejar Yus.. padahal lari setempat je.. Yus yg over gila lari masa tu.. ada kew Nora Danish lari mcm tu.. Hahaha

MINGGU KE 6 = Half silent comedy.. disebabkan mereka, minggu seterusnya tu semua peserta diberi tema silent komedi.. mcm2 jenis sukan diorg bantai buat.. tp hanya gaya.. Hahaha simple but very funny..

Pasti para peserta sedang bertungkus lumus skrg memerah otak nak cari idea utk merebut gelaran Juara Maharaja Lawak... sebagai peminat2 setia pasti yg terbaik dr semua peserta kami nak lihat.. jgnlah hampa kan kitorg yer.. 
Jgn lupa yer esok, Jumaat jam 10malam bersiaran langsung di Stadium Melawati, Shah Alam yg akan di siarkan di Astro Warna.. Jom saksikan beramai2 dan undilah peserta kegemaran anda..! yeay..!!
p/s : doa-doalah esok tak hujan mlm tu masa ngah live.. takot nnt bila hujan lebat tak dpt ngok Astro, xdpt ngok Astro Warna, tak dpt ngok Maharaja Lawak..

5 comments:

  1. terbaek ar siap wat review sume...
    hahahaha...
    aku pilih SEPAH!!!!!

    ReplyDelete
  2. jozan jozan jozan.... kalau x jozan kite nak SEPAH..ahahaha

    ReplyDelete
  3. tinot: haha.. aku kan rajin.. hahaha aku skong sepah juga wei.. tp rasa jozan yg akan mng...

    jieja: jozan pasti juara.. undian bnyk memihak kat diorg..

    ReplyDelete
  4. xpe.. SEPAH ttap juara pade aku..
    hahahaha..

    ReplyDelete
  5. btol2.. DAFI DAFi DAfi..! hahaaha

    ReplyDelete