Wednesday, January 2, 2013

Siapakah Botak Chin


Perjalanan hidup Botak Chin


  • 1951       lahir di Kuala Lumpur pd 3 Mac dlm keluarga kelas menengah.. anak kelima dr  10 adik beradik.. ayahnya pekerja Keretapi Tanah Melayu..


  • 1964       tercicir dr sekolah seusia 13 tahun kerana kekurangan wang.. bekerja di pasar borong di Jln Maxwell, menjual sayuran dgn pendapatan RM40 sebulan.. bertemu geng tempatan dan mengambil keputusan merompak lebih baik drpd menjual sayur..


  • 1969       bersama dua kawannya, dia pertama kali merompak pd April di Jinjing.. menggunakan wang rompakannya utk membeli senapang.. melakukan lapan lg rompakan bersama gengnya sebelum ditangkap pd Oktober 1969 dan dihukum 12 tahun penjara.. semasa rayuan, hukuman dikurangkan tujuh tahun..


  • 1974       dibebaskan dr penjara.. kembali menjual sayur di pasar borong dgn pendapatan RM120 sebulan..


  • 1975       menubuhkan kumpulan 4 org perompak dan membeli lebih banyak senjata api.. mula merompak sarang perjudian di Setapak, membawa lari RM5,800.. melakukan lebih kurang 28 rompakan, dgn hasil hampir RM500,000.. sebahagian wang ini digunakannya bersama anggota perompak lain utk bermewah.. sebahagian lg dibelanjakan utk kebajikan dan menolong org susah.. ini menjelaskan mengapa sesetengah golongan menganggapnya seperti “Robin Hood”..
  • Membunuh dua ahli kumpulannya di Segambut, Kuala Lumpur kerana gagal menjalankan tugas.. dia mengintip dan menembak musuh ketatnya, Timbalan Superintenden Polis S. Kulasingham di Kuala Lumpur.. Kulaisingham dikejarkan ke hospital dan Berjaya diselematkan..


  • 1976       menghantar kalungan bunga kpd keluarga Tun Abdul Razak apabila Perdana Menteri itu meninggal dunia..
  • Diserang hendap oleh polis ketika bersembunyi bersama gengnya di kilang papan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.. dua anggota kumpulannya mati ditembak dan Botak Chin serta dua anggotanya yg Berjaya ditangkap..


  • 1980       didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi..


  • 1981       menikam tiga warden dlm usaha melarikan diri.. 
  • Selepas makan hidangan terakhirnya, ayam goring KFC, mi goring, buah dan air, Botak Chin digantung pd jam 3 pagi, 11 Jun 1981.


Sumber : Insider’s Kuala Lumpur, Lam Seng Fatt, 2004.

p/s : untuk lebih pengetahuan boleh tengok video ini..dokumentari mengenai Botak Chin..

No comments:

Post a Comment

Recent Posts