Saturday, October 1, 2011

Kencing Kotor tanda sakit buah pinggang


Lelaki dan kencing kotor.. apa kaitannya..?? jom baca ini.. sumber daripada http://intro4u2c.wordpress.com/2009/12/13/punca-sakit-buah-pinggang/

JIKA anda berada dalam kelompok ini – lelaki dan mengalami kencing berdarah – lakukan temujanji segera dengan doktor. Berbanding wanita, fenomena kencing kotor di kalangan kaum Adam adalah antara petanda serangan sakit buah pinggang.
Secara normal, jangkitan kuman pada pundi kencing hanya melanda golongan Hawa kerana ia mudah ‘menyusup’ masuk ke pundi kencing dari tiup uretra disebabkan jaraknya yang terlalu dekat antara satu sama lain.
Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Thiruventhiran Thilaganathan, berkata masalah ginjal sukar dikesan lebih awal kerana ia organ dalaman tetapi perubahan warna air kencing menjadi amaran supaya individu mengambil langkah berjaga-jaga.
Katanya, sebahagian besar pesakit hanya datang mendapatkan rawatan selepas mencecah tahap kronik hingga penderita memerlukan kaedah terakhir untuk hidup seperti orang lain sama ada menjalani hemodialisis atau pemindahan buah pinggang.
Tiada istilah jangkitan kuman kalau lelaki mengalami kencing kotor. Kebarangkalian bakteria menyerang salur pundi kencing lelaki amat luar biasa kerana ia perlu menempuh perjalanan panjang untuk sampai di situ.
“Begitupun bagi wanita pula, mereka tidak harus menganggap masalah kencing kotor sebagai lumrah atau kitaran biologi. Ia memang boleh disembuhkan namun jika dalam setahun mereka mengalami keadaan ini lebih dari tiga kali, bermakna ada sesuatu tidak kena.
“Dari pemerhatian, 60 peratus daripada kes yang disifatkan sebagai kencing berdarah itu mempunyai kaitan dengan buah pinggang. Sama ada lelaki atau wanita, pengesanan awal buah pinggang sama penting dengan pemeriksaan kesihatan lain,” katanya.
Dalam kes kencing berdarah di kalangan penderita masalah buah pinggang, tahap kerosakan organ berkenaan sebenarnya berada pada peringkat bahaya apabila buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi secara normal.
“Kita tentu tidak mahu termasuk dalam senarai pesakit buah pinggang tetapi setiap individu sebenarnya tidak boleh menolak kemungkinan masalah ini akan menimpa mereka ditambah faktor risiko termasuk hipertansi, diabetes, genetik dan gaya hidup.
“Jika masalah buah pinggang yang gagal berfungsi dengan baik ini dapat dikesan ketika masih pada tahap awal, peluang untuk dipulihkan sangat cerah sekali gus membolehkan pesakit kembali normal.
Katanya, fungsi buah pinggang penting untuk menjana keseluruhan sistem tubuh apabila ia bukan saja membersihkan darah dengan menyingkirkan bahan buangan dan lebihan cecair malah menseimbangkan kimia tubuh.
Kepentingan lain meliputi penghasilan hormon untuk mengekalkan kesihatan tulang, membantu tulang sum-sum menghasilkan sel darah merah serta menseimbangkan tekanan darah.
Secara umum, penyakit buah pinggang membawa maksud apa saja gangguan atau keganjilan yang memberi kesan kepada fungsi buah pinggang terhadap penjanaan sistem badan.
Ia membabitkan pelbagai aspek termasuk penyakit buah pinggang yang diwarisi secara genetik (polycystic kidney disease) dan penyakit buah pinggang yang disebabkan penyakit lain seperti diebetes dan hipertensi (hypertension).
Namun hingga ke tahap kronik, kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka terdedah kepada ancaman ini berikutan simptom agak kabur selain kegagalan fungsinya hanya disedari selepas beberapa lama.
Katanya, kebiasaannya sebarang petanda hanya muncul selepas buah pinggang berada pada kondisi teruk ditambah keengganan individu menerima kenyataan dengan hati terbuka sebaliknya melambat-lambatkan kaedah rawatan kerana tidak mahu berdepan dengan kesukaran.
“Dalam sesetengah situasi, bukan semua orang mampu mengeluarkan kos rawatan susulan atau menjalani dialisis. Oleh itu, langkah pengawalan awal harus diwar-warkan kepada semua bagi mengurangkan beban mereka,” katanya.

Selain dialisis darah atau hemodialisi, terdapat kaedah dinamakan Peritoneal dialisis iaitu cecair dialysate yang bertindak memerangkap bahan buangan daripada darah diletakkan di dalam perut. Selepas beberapa jam, ia dikeluarkan dan pesakit boleh melakukan kaedah ini sendiri di rumah.


4 comments:

  1. mak pesan klu x nk kencing kotor, rajin minum air barli elok utk cuci buah pinggang

    ReplyDelete
  2. buah pinggang kne jaga btol2 woo..nnt abis sume x berfungsi..huhu

    ReplyDelete
  3. salam...sy dew soalan nk tnye...law kte kncing rse skit n kncing 2 xlawas adkah 2 tnda2 skit buah pinggang jgk..???

    ReplyDelete
  4. Salam .. Sy nak tahu ape ubat yg paling sesuai utk saya sekiranya masalh penyakit kencing kotor ni dah tahap kritikal? Perut saya Sakit sangat Lebih teruk Dari senggugut. Saya pernah terbaring di hospital di sbb kan penyakit ni .mcm2 dah saya Cuba ttp xhilang , saya minum ural , saya minum barlie tp xbrkesan , saya kena penyakit ni masa Bulan 3 tahun lps alhamdulillah hilang sekejap ttpi skrg penyakit ni datang kembali. Saya dah xtahan sgt Smpai pernah mncuba utk bunuh diri ! Skrg ni kdaan saya Mmg mcm kritikal sgt. Saya xboleh melakukan banyak aktiviti waktu petang . Tlg lah saya! Saya buntu!

    ReplyDelete