Monday, September 19, 2011

10 Jenis Hantu Melayu



Hantu..?? siapa tak tahu apa itu hantu.. kat seluruh dunia ada macam-macam hantu.. 
tengok je lah movie-movie hantu.. sampai aku sendiri pun tak tahu nak beza hantu apa dan semakin hari semakin banyak hantu baru wujud.. yg terbaru Hantu Bonceng.. Hahahaha



korang dah tengok kew cerita tu tottt..?? download punya dah keluar toooottt... cepat-cepat tengok toott.. Hahaha sebelum ngok hatu bonceng tu,
meh..!! aku nak kongsi dan sharing is caring dengan korang 10 hantu melayu yang wujud dari nenek moyang kita lagi.. 

Orang minyak
Orang minyak ialah perogol berkuasa luar biasa yg sukar dilihat dan ditangkap kerana dia hitam dan berminyak.. sasarannya ialah perempuan muda di kawasan kampung..

Hantu tetek
Hantu tetek menyerupai perempuan tua yg menculik kanak-kanak yg bermain di luar rumah di waktu maghrib dan menyembunyikannya di bawah teteknya..

Orang bunian
Makhluk halus yg tinggal dlm masyrakatnya dlm hutan tebal.. sebahagian diketahui membantu manusia, sementara yg lain dikatakan menculik manusia..

Kum kum
Dipercayai merupakan roh perempuan tua yg perlu meminum darah anak dara bg mengembalikan kemudaan dan kecantikannya.. dia dikatakan akan mengetuk pintu dlm keadaan memakai telekung, mengucapkan “kum kum” kerana tidak dapat mengucapkan salam cara org Islam dgn betul..

Hantu pocong
Berbungkus kain putih, hantu pocong akan melompat-lompat dan bergolek-golek secara liar.. mengikut amalan pengebumian jenazah orang Islam, apabila mayat diletak dlm liang lahad, ikatan kafan mesti dibuka.. mengikut cerita, jika ikatan tidak dibuka dengan betul, mayat akan menjadi hantu pocong..

Toyol
Toyol adalah anak kecil bogel bermata merah dan bergigi tajam.. ia disimpan tuannya dlm botol dan dilatih utk mencuri. Tuannya mesti memberi mkn setiap mlm dgn membiarkan toyol menghisap darah dr ibu jari kakinya..

Pelesit
Pelesit menyerupai belalang.. kebanyakkan dipelihara oleh orang perempuan utk memusnahkan musuhnya dan mendapatkan wang.. setiap purnama penuh, ia dijamu darah dr jari tgn tuannya..

Hantu raya
Dipelihara oleh seseorang utk memusnahkan musuhnya.. ia selalunya menyerupai tuannya, juga org lain.. ia mesti diserahkan kpd org lain sebelum tuannya mati kerana jika tidak si pemilik akan menjadi mayat hidup..

Hantu penanggalan
Hantu penanggalan menyerupai org perempuan dgn bahagian atas badannya terpisah drpd bahagian bwh dan tali perutnya terjuntai.. mangsanya ialah perempuan mengandung dan kanak-kanak..

Pontianak
Pontianak ialah jembalang perempuan penghisap darah yg bergerak di kawasan hutan dan kubur.. ia selalunya menyerupai perempuan cantik dan menggoda serta wangi dengan bau bunga kemboja..

**pernah terserempak kew dengan mereka ini..?? pesanan penaja.. jangan biarkan hidup anda diselebungi.......misteri....



p/s : lepas baca ni mesti ada juga takut tido malam kang.. hehehe

Monday, September 12, 2011

Minggu Transformasi Mahasiswa 2011/2012 (krew bersama freshie)


Akhirnya... selesai sudah tanggungjawab aku dan rakan-rakan krew yg lain sebagai krew Minggu Tranformasi Mahasiswa untuk sesi 2011/2012..
memang penatnya terasa sehingga hari ini walaupun sudah sehari tamat minggu MTM ini.. 
tetepi pelbagai pengalaman berharga yg kitorang dpt.. 

dlm minggu MTM krew ni, aku jadi ketua unit pengangkutan.. ALHAMDULILLAH, segala berjalan lancar..
komunikasi aku dengan driver bas pun ok.. takde gaduh-gaduh ataupun berlaku salah paham.. siap dpt puji lg dr driver bas tau.. hehehe
walaupun setiap org ada ditugaskan utk unit masing-masing tapi mana yg kurang tu kami sama-samalah membantu.. baru kerja berjalan lancar.. tapi kalau ada berlaku kekalutan sikit-sikit tu biasalah.. mana ada kerja nak "A" je.. mesti ada kurangnya.. 

Junior-junior Kolej Perdana..???
yg nie mesti senior ramai nak tau kan.. hehehe tahun nie punya pengambilan ada 9 kos..
Marine, Aero, Auto, Pembuatan, Industri, Akaun, Human resources, Biosains, Biomedic.. (sorry kalau ada tertinggal.. hehehe) sepanjang minggu MTM tu diorg nie sporting.. tak susah sgt nak layan diorang nie.. kalau dengan aku senang je.. aku follow apa diorg asalkan benda tu tak menyusahkan.. hehehe 
apa yg aku perasan, masa hari pendaftaran awal-awal tu muka semua nak bajet n cover-cover ayu dan kacak konon.. tp lepas je ice breaking dah mula ada start mengila sampai sekarang ada yg dah gila tak terkawal.. hahahaha pesanan aku kat junior-junior nie jgn dlm MTM je korang nak semangat.. lepas nie kalau kolej buat program turunlah k.. jumpa senior-senior pun jangan sombong-sombong.. tegur dan senyum-senyumlah yer.. warga KP nie peramah semuanya.. ^^,


malu-malu je korang nie mula-mula yer.. lepas ice breaking..  haish.. =="

menunggu giliran.. "ye saya.."

Kemeriahan Saturday Nite event..

jom candid krew-krew.. oh yeahh..!

melompat lebih possing..

padan muka korang kena jalan kaki.. hahaha

kayuhan merdeka.. untung budak KP dpt duduk dekat
kandang kuda.. boleh tengok kuda kan.. hahaha


p/s : segala kenangan dan pengalaman yang tak mampu diluahkan.. enjoy walaupun penat.. thankz krew dan freshie.. ^^,

Sunday, September 4, 2011

Saturday, September 3, 2011

Demi UTM tercinta




Di hari raya yg mulia nie pasti ramai sedang berkumpul bersama2 sanak keluarga menikmati lebaran yg menjelang..
walau bagaimanapun, tidak semua bernasib baik dpt bersama keluarga atas tanggungjawab dan amanah yg tidak dpt
dielakkan.. walaupun aku boleh dikategorikan senasib dengan mereka ni, namun aku bersyukur aku dpt juga
merasa beraya bersama keluarga walaupun masa yg singkat.. ni kerana ada tanggungjawab dan amanah perlu aku
selesaikan dahulu.. tanggungjawab dan amanah sebagai Krew Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) utk sesi pengambilan
baru kali ini..

Mmg sukar utk aku melepaskan keluarga utk kembali merantau di negeri orang, Johor Bharu.. aku akui ini adalah
kali pertama raya paling singkat aku bersama keluarga.. Namun semua ini aku terima satu cabaran baru dlm hidupku..
tp lebih menyedihkan bagi aku, ialah pelajar2 baru yg akan berdaftar.. bayangkan pada raya ke-5 dan ke-6 mereka
terpaksa menempuh dunia baru disaat pada waktu sepatutnya mereka bergembira bersama keluarga.. aku dpt bayangkan
perasaan mereka..

**tersentak dr lamunan...
nape bahasa aku nie formal n puitis sgt nie.. sedih plak aku..! Hahaha
K mon rizal.. senyum2.. bergembiralah menerima tugas.. Hehehe (sedapkan hati sendiri.. ermmmm)

di kesempatan ini aku nak ucapkan lah kpd semua krew MTM UTM utk sesi kali nie, good luck dlm menjalankan tugas..
dan juga selamat hari raya yer.. mood raya masih terasa lg kan.. hehehe
begitu juga kpd krew2 di universiti lain yg senasib ngan kami di sini terpaksa balik awal demi universiti tercinta..

ok la.. masa utk tido.. pagi jap lagi sudah mula tugas sebagai seorang krew MTM.. oh yeeaahh..!!

p/s : minggu nie terpaksa bangun awal2.. mampukah aku..?? itu menjadi persoalannya.. =="