Wednesday, December 28, 2011

Hidup umpama layang-layang



Hidup umpama layang-layang.. kalau ada nyer angin maka terbang laa layang-layang itu.. jika tiada angin, layang-layang hanya mampu berdoa agar angin bertiup agar ia mampu terbang lagi.. walau bagaimanapun jika angin itu ada sekalipun, tetapi arah layang-layang di bawa angin belum tentu ia tahu ke mana perginya.. dan mungkin juga layang-layang itu berdoa agar angin itu tiada, supaya ia mampu turun semula..

Lumrah manusia sentiasa merungut dengan apa yang sudah ada.. dalam erti lain tidak bersyukur.. selalu kita dengar hidup umpama roda.. kadang-kadang berada di atas dan kadang-kadang berada di bawah.. tetapi maksud yang tersurat di situ ialah, hidup ini adakalanya gembira dan adakalanya sedih.. tetapi yang tersirat itu, ialah tidak kira kita di atas atau di bawah kita tetap roda.. dan kita tak berubah..

Apa yang aku cuba sampaikan ialah,
tidak semua kegembiraan itu selamanya dan tidak mustahil jika ada terselit kesedihan...
dan begitu juga tidak semua kesedihan itu selamanya dan tidak mustahil dalam kesedihan itu ada perkara yang mampu membuat kita masih tersenyum dan tertawa.. bila di timpa sesuatu musibah kita sering menyalahkan takdir.. mengapa ditakdir begini.. mengapa dilahir dalam keadaan begini.. mengapa jadi begini.. tetapi berapa ramaikah yang memikirkan bagaimana ingin keluar dari jadi "begini"..?? berapa ramaikah berfikir mungkin ada hikmah mengapa terjadi "begini"..?? pastinya ada tetapi berapa ramai..????

Tidak semua orang mampu berfikir positif di saat ditimpa masalah.. itu aku akui.. di saat membiarkan emosi mengawal diri, manakan mungkin hati menenangkan jiwa dan fikiran.. setiap masalah ada penyelesaiannya..?? ya atau tidak..?? mustahil atau mungkin..?? tiada sesiapa berani memberi jaminan setiap masalah itu ada penyelesaiannya.. semuanya di tangan ALLAH.. kerana apa yang berlaku semua atas kekuasaanNYA.. kita sebagai manusia biasa dan hambaNYA yang lemah hanya mampu menadah tangan dan berdoa disamping berusaha menyelesaikan sebarang masalah yang menimpa.. InsyaALLAH.. ^^,

p/s :Ingat..! menangis, meratapi dan merungut bukan cara untuk menenangkan diri.. sebaliknya carilah ketenangan di samping berfikir bagaimana dan mengapa masalah itu timbul dan apa cara penyelesaiannya..

Sunday, December 25, 2011

Lepaskan tension

cacatan 23 Disember 2011, Jumaat

Alhamdulillah, selamat juga aku sampai ke rumah dengan selamat.. agak long journey kali nie.. biasalah menumpangkan.. kena ikut orang laa.. sekarang nie bukan cuti sem lagi.. tapi aku dah balik.. hehehe study week pun bukan.. hahaha
sebenarnya kelas aku last hari khamis semalam.. so aku balik laa sekejap.. tapi minggu depan hari khamis ada presentation etnik plak.. so, kena balik UTM sebelum khamis laa..

Aku balik nie sebenarnya, bukan ada apa sangat pun.. saja je aku nak balik untuk release sume stress minggu lepas sebelum nak stress dengan paper-paper final plak nanti.. serius..! memang minggu lepas minggu paling aku stress dalam sem nie.. test berderet-deret.. lepas tu jawab dah macam apa.. mahu tak stress.. tambah plak baby 135LC aku tu buat hal plak.. balik UTM nie kena bawa pergi kedai plak nak ubat kan dia.. 

Untuk final kali nie 1st time rasanya aku masuk UTM nie, aku ada paper dalam satu hari.. yang nie aku risau.. takot aku serabut je nak sumbat dua benda dalam otak dalam satu malam.. aku nie, dah laa last minit punya study.. tp takpe laa.. aku try yang terbaik kali nie.. doa-doa kan yer kawan2..

di kesempatan nie juga aku nak ucapkan selamat berstudy week dan good luck dalam final exam nanti..
Caiyok-caiyok.. ^^,



p/s : gambar sekadar hiasaan.. hehehe 

Thursday, December 15, 2011

minggu test.. suka nyer..!!!



cepat-cepat lah abis test.. kesian blog ni dah terabai..
pastu aku nak balik rumah..!!!
tenangkan fikiran sebelum get ready utk final exam plak..

Jadual test :

17/12/2011:
pagi = vibration & mechanics of machines
malam = material science

18/12/2011
pagi = solid (Test 2)

21/12/2011
pagi = Thermodynamics
petang = Solid (Test 1)

*solid ada dua test sbb test 1 aku tak amik lagi hari itu.. sbb aku MC (tekanan darah tinggi)..

so minggu nie sgt2 busy.. dan tekanan tahap maximum..
study last minit mcm nie la.. tapi nak buat mcm ner.. dah mmg style aku..
wish me luck guyz..!

Tuesday, December 6, 2011

Bagaimana menangkap sekumpulan gajah



Haa..bosannya hari ini.. tertiba terlintas kat fikiran nie rasa macam nak bela pets la..
nak bela apa yer.. errrmmm.. 
Hamster.. laju sgt.. kalau dia masuk celah-celah almari susah nak ambil balik..
Kura-kura.. tak comel.. pastu suka malu-malu.. sorok-sorok kepala..
Kucing.. haaa..! taik dia busuk...
Ikan.. tak best.. sbb takleh nak pegang-pegang..

aku rasa nak buat lain dari yang lain la.. aku nak bela GAJAH... haish..!! janganlah terkejut.. buat muka 
biasa dah la.. Hehehe kalau nak beli gajah nie, takda jual kat kedai.. kalau nak minta kat zoo, comfirm-
comfirm tak dapat.. kat gajah spesies terancam..  
so last option..tangkap sendirilah.. hehehe 
nie aku ada jumpa satu cara mcm ner nak tangkap gajah.. jom belajar sama-sama.. Hehehee

1.      Tebang pokok hutan utk membuat tiang besar (sebesar paha lelaki, 20 kaki panjang)..

2.      Pacak tiang ke dlm tanah selang enam inci antara satu dgn yg lain dan ikat erat setiap tiang dgn tali, menghasilkan satu kurungan bulat sebesar lebih kurang 120 kaki persegi..

3.      Di bahagian atas kurungan ini, bina sebuah pelantar di mana manusia boleh berdiri..

4.      Letak batang tebu dan pokok pisang di sepanjang laluan menuju kekurungan..

5.      Masuk ke  dlm hutan, cari tempat gajah berkumpul dan usir kawanan itu dengan tembakan senapang dan teriakan..

6.      Gajah-gajah ini akan tertarik dgn batang tebu dan pokok pisang di sepanjang laluan, akan memakannya dan secara tak sedar masuk ke dlm kurungan..

7.      Setelah gajah masuk kedlm kurungan, tutup pintu masuk..

8.      Tusuk gajah-gajah ini dgn menggunakan pedang dan kayu apabila ia cuba memcecahkan pagar kurungan..

9.      Kurung gajah-gajah dlm kurungan selama 10 hari tanpa makanan dan air..

10.  Hulurkan gelung rotan yg disangkut dgn umpan pisang ke dlm kurungan.. ikatkan leher gajah dan ikat bahagian satu lg ke pokok..

11.  Masuk ke dlm kurungan dan pasang rantai ke kaki gajah.. bawa keluar dr kurungan..

12.  Hindarkan memberi gajah makanan atau air, kerana ia lebih mudah dikendali dlm keadaan lemah dan hanya memberinya makanan jikaberkelakuan baik..


Haaa.. mcm ner..?? senang je kan.. ada siapa-siapa nak ikut aku tak..?? Hehehe
nak ikut boleh tapi bersiap sedialah untuk dikenakan tindakan undang-undang.. hehehe
dah tau kan Gajah adalah spesies terancam, so menangkapnya adalah salah.. 
sekiranya ada terdengar siapa-siapa nak buat kerja gila nie secara haram cepat-cepatlah report WWF..
bukan World Wrestling Federation tetapi World Wildlife Fund.. 
Selamatkan hidupan liar daripada mereka yang tidak bertanggungjawab.. ^^,

p/s : Kalaulah aku bela gajah betul-betul, rasa-rasa mampu kew aku nak handle..?? takot kena pijak
balik je.. hahaha 

Thursday, December 1, 2011

Pengalaman itu mengajar.. (JKM 2011/2012)



Masih ingat post aku yang pasal pic bwh nie..??? kalau ada sesiapa baca korang tau laa..



Sebenarnya apa yang bermain dlm fikiran aku masa tu pasal JKM..
Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM)..
berkuatkuasa 1 Disember 2011 maka aku dan kawan2 jkm yg lain secara rasmi ditamatkan perkhidmatan sebagai JKM dan menyerahkan kuasa kepada JKM yang baru..
Tak sangka.. cepat je masa berlalu.. masa dekat pertengahan dulu rasa macam lama je nak jadi JKM nie.. tp skrg rasa cepat plak.. Hehehe




Perasaan sekarang..???
errmm.. tak tahulah nak gambarkan mcm ner.. kdg2 tu ada rasa seronok.. sbb lepas nie tak ada meeting, kerja2 last minit, program itu program ini.. memang bila tiba waktu busy nak test lah apalah then datang plak program2 kolej yang kena handle.. masa itu mmg strees usah nak ceritalah.. tapi dah jadi tanggungjawab, so nak taknak kita kena buat juga kan.. ^^,
Sedih..?? pun ada.. tak tau laa tiba2 rasa sedih.. maybe sebab lepas nie rasa  maybe dah takkan serapat dulu ngan kawan2 JKM.. hope jgn mcm tu k.. kita tetap kawan kan.. ^^,
Jelezz pun ada.. jelez ngok JKM baru.. seronok dan excited je ngok diorang semua nak bekerja.. hope keseronokan korang tu kekal sampailah korang pencen k.. ^^,

Nie ada sedikit kata-kata aku nak sampaikan kat korang ex-JKM dan juga JKM baru.. 

to ex-JKM :
Tadi aku ngok semua balik post-post kita semua dekat group.. macam mood ada dalam setiap post tu.. ada yang kelakar, marah, touching, gurau senda, berkelahi.. Hehehe tetapi semua tu biasalah kan kalau bekerja sama-sama.. tp semuanya dapat kita selesai sama-sama.. kalau touching pun tak lama, esok atau lusa mesti baik balik.. Hehehe

btw, thank kat korang semua sbb bg support dekat aku saat aku mmg dah nak down gila dulu.. kalau tak, mmg dah lama aku pencen.. Hehehe mana silap-silap aku secara langsung kew tak langsung kew harap maafkan k.. terus terang aku ckp, aku mmg malas dtg meeting.. sorry tau.. ngee~~ ^^, yang mana aku touching-touching tu sorry laa.. aku touching jap je.. lepas tu aku lupa dah.. yang mana pernah kena marah, kena perli ngan aku tu sorry laa.. kadang-kadang tu emosi terganggu bila ngah stress nie.. sorry kawan2.. jgn simpan dlm hati kan..

kita pernah janji dulu masa pembentukan JKM kita nak jadi satu family dan masa pemantapan pun kita ulang benda sama.. so kita TETAP SATU FAMILY.. jgn lupa kwn2 k.. lepas nie rasanya kita leh je lepak sama-sama lagi kan.. terus terang skrg nie aku rindu plak meeting, busy-busy program, dapat msj dari kwn2 jkm ckp ada meeting.. lepas nie dah takda dah semua tu.. miss that moment..
lastly, hope korang semua happy dan lepas nie fokus pada study je k.. daa~~

to new-JKM:
dgr nie..! abg JKM nak ckp nie.. benda paling penting korang dah masuk JKM nie, niat dalam hati sentiasa IKHLAS dalam buat kerja.. ingat..!! dlm last minit punya kerja pun pastikan kerja tu siap.. jgn tinggalkan mcm tu je.. kalau ada nampak mcm something wrong antara korang cepat-cepat selesaikan.. jgn ada masam-masam muka antara korang.. sbb benda-benda mcm nie bukan effect dua org tp semua skali..

lagi satu, bersedia utk semua keadaan bila dah jadi JKM.. paling penting bersedia utk gagal dan bersedia juga utk bangkit semula.. kerjasama, terus terang dan tolak ansur tu sgt penting.. tu je pesanan aku.. lain-lain tu rasanya korang dah dgr masa pembentukan hari itu kan.. akhir kata, Selamat menjalankan tugas kepada korang semua.. ^^,



p/s : Seribu luka, Seribu keperitan, Seribu kesusahan, Seribu tawa, Seribu kepuasan, Seribu kesenangan tetapi Tidak terkira pengalaman yang aku perolehi.. JKM satu tersurat, tetapi beribu-ribu yang tersirat.. 
terima kasih kawan-kawan JKM semua.. =')

Wednesday, November 30, 2011

wordless wednesday #8


nak wat origami burung.. tp dah lupa.. terpaksa google..
nasib baik jumpa.. siapa nak aku buatkan utk dia..?? HEHEHE

Tuesday, November 29, 2011

Suka + Sedih = ????


Perasaan apa nie..??
tak tau nak cakap macam ner.. errrmmm... nnt story..
sebak nak cerita...

Sunday, November 27, 2011

Skandal oo skandal



Skandal..?? mudah dimaksudkan teman tapi mesra ataupun kawan yang macam couple..
mengikut kepercayaan tamadun remaja zaman sekarang, orang yang banyak skandal ni hot ataupun bahasa sekarang pasar market.. benarkah..??? tetapi skandal nie tak sama kew macam spare part apabila susah ataupun emergency case..
maka kira serupalah siapa yang ada skandal ramai-ramai tu ibarat playboyz dan juga playgurlz..
Jom kita selongkar sikit apa rasa jadi sebagai skandal dan pe"skandal"...

Jadi sorang pe"skandal" nie adakah satu yang perlu dibanggakan..???
lebih-lebih kalau ada banyak skandalnya.. mau tak bangga.. Hot tu kan..
tapi kalau plak yang pe"skandal" tu dah ada awek or pakwe.. rasa-rasa nak kategorikan diorang nie apa..?? curang atau kejam atau kedua-duanya sekali..?? (macam akta penjenayah plak.. hahaha) tp mmg penjenayah.. penjenayah hati..
Bukan tu je, pernah tak korang terfikir pada pe"skandal" nie, yang korang sebenarnya dalam diam dah memainkan hati org lain.. tambah plak skandal korang tu tak sedar yang dia tu juz skandal korang dan dia mmg suka kat korang nie.. pastu tiba-tiba kau tinggal dia mcm tu korang pergi cari skandal lain.. ni nak cakap apa plak..?? fikir-fikirlah sendiri..

Skandal..?? rasa best kew jadi skandal org..?? bestlah kalau budak korang diskandal kan tu hot market..
"eh, ko ada pe kew ngan mamat hensem tu..??"
"eh, ko couple yer ngan awek cun tu..??"
banggakan bila orang ckp mcm tu.. kembang-kembang je rasanya.. tapi kalau korang sedar kalau korang yang korang tu hanya skandal diorang je takpe la.. so takda lah nak menaruh hati kan.. tapi nak jadi skandal orang pun, janganlah awek or pakwe or laki or bini orang korang sebat.. tu dah serupalah jadi org ketiga.. jangan merosakkan relationship orang.. cinta memang buta.. tapi janganlah nak butakan mata dan hati korang tu dengan cinta.. alasan "cinta itu buta", mmg takleh terima..

Ermm.. apa pilihan korang..??? nak jadi pe"skandal" or skandal..?? tp kalau dah ade awek, pakwe, laki, bini tak payah lah nak gatal nak jadi skandal kew pe"skandal" kew.. setialah pada satu.. ingatlah orang tersayang... macam iklan keselamatan jalanraya plak.. Hahaha

p/s : berskandal biar beribu, bercinta biar satu.. boleh kew macam tu..?? hahaha gurau2.. skandal jangan ada satu, bercinta biar satu.. baru betol.. ^^,

Thursday, November 24, 2011

Mereka sgt cute..



Satu demi satu kerja aku dah selesai.. skrg tinggal projek design utk disiapkan.. dan sekarang terasa macam tak cukup tidurnya.. ngah mengantok-ngantok nie, aku saja je gatal-gatal tgn nak search google gambar orang ngah mengantok dan tidur.. tapi banyak lapisan org dan masyarakat, lapisan baby juga aku pilih..
jomlah cuci mata dan ngok sambil ketawa sorang ngok kecomelan mereka.. ^^,

 1

 2

 3

 4

 5

 6

7 


9 

10

Hehehe.. comel kan diorang.. so skrg silalah vote gambar mana paling terbaik..

p/s : kalau korang ngantok tidurlah di tempat betul.. kalau korang wat mcm diorg nie ingat comel kew..?? mcm org gila adalah.. Hahahaha

Monday, November 14, 2011

Sejarah mungkin berulang



Tajuk macam tajuk lagu Newboyz kan.. tp tiada kaitan pun...
tapi berkaitan.....

INI..!!


Setiap org inginkan yang terbaik.. tapi kalau dah takda rezeki macam ner.. haish =.="
masih ingat entry aku yg nie.. " Kerana Thermodynamic.. i will love u one day..! " 
entry aku nie tahu lepas punya.. barang yg lepas jgn dikenang.. betul perumpamaan nie.. tapi skrg bukan aku nak kenang tapi mungkin dia akan dtg lagi.. 

Actly, aku baru je jawab test Thermodynamics 2 (Marine).. kalau sem1 dulu Thermodynamics1 skrg dah up sikit ke 2.. Thermo oh Thermo.. apa badi laa kena kat aku nie.. asal Thermo je mesti jammed otak aku.. 
aku rasa kena mandi bunga nie.. LOL..! tak pun buku Thermo tu yg aku mandikan dengan air bunga.. LOL LOL LOL..

Sekarang nie, aku ada dua pilihan je.. drop ataupun rekod di hari final exam berulang.. kalau pilihan kedua aku pilih bermakna rekod aku berturut-turut setiap sem la.. walaupun baru je jawab test tadi tapi aku dah leh agak dah result test nie macam ner.. Thermo, Thermo dan Thermo.. kenapalah kepala otak aku susah sgt nak masuk kau hah..?? =.="
subjek-subjek lain aku leh je go.. Thermo ni je masalah betoool..!!

Takpelah.. kepada junior-junior yang belum amik subjek killer nie, get ready la awal-awal.. bukan nak downkan korang tapi sebagai peringatan.. good luck..!
aku ada masa lagi untuk berfikir.. so now, aku kena fikir apa patut aku buat.. but now still wondering.. wink~~ wink~~ wink~~
haduyai.....

Status :- 
Mood : Average going to Bad
Moral : Down
Feeling : Attacked & Touching & Disappointed

p/s : rekod yg dimaksudkan tu hanya sesetengah org kenal aku dan tahu  cerita sebenar je yang paham..






Saturday, November 12, 2011

11.11.11 (tidak akan dilupakan.. pahit dan manis)



Semua org dok pakat post entry pasal 11.11.11.. dan aku telah menjadi jelez oleh sebab itu aku pun nak post juganya pun adooii.. (sorry bahasa tunggang langgang..Hahaha)

pertama sekali aku nak cerita, aku baru sampai UTM pagi td tepat jam 6.15pagi.. ok.. tepat tu jgn caya sgt.. aku tak ngok jam pun sbb ada peristiwa buruk berlaku kat aku sepanjang perjalanan dan dlm bas tu.. kira aku sampai 6.15pg plus plus minus minus (kira sendiri! hahaha).. peristiwa apa..?? nak tahu kew..?? mesti nak kan.. kenangan paling buruk selama aku naik bas.. kenangan tahan kencing paling lama..
gelak korang..! korang rasa baru tahu.. bukan sekejap wei.. korang bayangkan dari Ipoh sampai Seremban baru aku lepaskan hajat.. lepas tu tak sampai setengah jam, datang balik.. masa tu kat Seremban lagi.. so kali nie dari Seremban sampailah JB.. keadaan aku dalam bas masa tu..?? peeehh.. mcm apa jee.. terkepit sana, terkepit sini.. kalau pakcik driver tu tak stop juga sampai JB, mmg aku lepas hajat je kat sit bas dia tu.. Hahaha

- 11.11.11 - nice date..! kepada sesiapa yang buat relationship, married mesti sweet giler... ^^,
aku pun rasa nak buat jugalah.. tapi dengan awek no2 la... Hahaha
ok gurau je.. cukuplah satu yang ada tu.. tu pun dah tak terjaga.. Hehehe
btw, seronok dpt jumpa tadi.. sembang punya sembang rupa-rupanya dah pukul 11mlm dah duk kat cafe k9 tu.. hehehe

ok la.. penat dah celoteh2.. nak sambung berFB plak.. Selamat Malam dunia.. ^^.

p/s : tak sabar nak tggu 12.12.12 plak.. =)

Saturday, November 5, 2011

Biar lambat Asalkan Tiket FREE..



Haish.. untung laa sorang-sorang duduk kat KP kat UTM ni di saat orang lain dah start balik kan....
takpe laa.. demi saving budget, terpaksalah balik lambat ckit wei...

sbb pe saving budget..?? bluuurr la tu.. Hahaha
aku balik ngan pakcik aku la.. dia driver bas.. so tiket free je la.. anak sedara punya pasal.. Hahaha
pagi kang jam 9.45pagi bas pakcik aku dtg la sri putri tu angkut aku..

cuti kali nie tak lama sgt.. tp ok la utk lepaskan rindu kat family dan kawan-kawan kat sana tu.. hari tu masa cuti sem dan cuti raya aidilfitri jap je.. kena balik UTM awal sbb nak handle budak-budak 1st year baru nak masuk tu kan.. skrg nie aku nak balas dendam aku nak cuti sampai jumaat walaupun khamis tu aku ada kelas..! HAHAHA =D

tapi balik nie apa mau bikin..?? study..?? opss.. wajib study.. sbb lepas cuti nie ada 3test aku kena amik..
Isnin (14 Nov) - Themodynamics 2 Marine .. satu-satunya subjek aku paling blur gila.. =.="
Jumaat (18 Nov) - Perhubungan Etnik.. subjek mengantuk..!
Tak tahu bila - Solid.. ni sbb aku tak amik test ari tu.. sbb MC.. lecturer aku just suruh ready je..

sebelum balik aku dah download 6 Movie utk dijadikan santapan..
1. The Marine
2. Big Mommas Like Father Like Son
3. The king of fighter
4. S.W.A.T. Firefighter
5. Tekken
6. Universal Squadrons

opss.. dah 4.30pagi la..
ada lagi barang-barang kena masuk dalam beg nie..
cukuplah tulis nie.. nnt la tulis lg..
doakan aku selamat sampai yer kawan-kawan semua.. ^^,

Wednesday, November 2, 2011

wordless wednesday #5


terasa nak makan tutti fruiti la..
maybe terasa ada jodoh ngan najwa latiff mungkin.. Hahahaha

wordless wednesday #4

**aku dah tersangkut ngan cerita nie.. =.="
mcm ner nie..?? ada siapa layan juga tak cite nie..?? jom sharing2..

Tuesday, October 25, 2011

Kem Pendidikan - Fiescope

Akhirnya selesai sudah segala kerja-kerja yang menyerabutkan kepala otak aku dlm bulan nie..
walaupun serabut-serabut tetapi hasilnya, aku sgt berpuas hati walaupun hari nie aku demam dan tekanan darah aku melonjak naik.. hamik ko..!! 
ok abaikan pasal tu.. kita berpaling pada tajuk.. 


Bermula 20 - 24 Oktober yang lalu Kolej Perdana (Kolej aku laa) telah mengadakan satu program Fiescope.. apa itu Fiescope..?? Festival Integrasi Kolej Perdana..
dlm program kali nie aku terpaksa memegang dua tanggungjawab.. K/u gerai dan jualan serta kem pendidikan..
tp yang aku nak fokuskan Kem Pendidikan.. sbb aku banyak terlibat dengan kem pendidikan.. Kem kali ini melibatkan pelajar SMK Sultan Alauddin tingkatan 3..
jom ngok la coretan-coretan dan kenangan sempat dirakamkan..





21 Oktober 2011
Pendaftaran dan Sesi Ice Breaking

Persiapan terakhir dilakukan oleh semua fasi..

Menanti adik-adik sampai.. come to papa n mama..

Selamat datang adik-adik..

Skill jalan dugong nie mcm aku kenal.. Hahaha

Telur ayam naga raja..

Baling-baling.. arrrgghh..!!

wei2.. aku rasa nak terkentut la.. jgn gtau orang lain tau..

Geli-Geli..!!
**Sebenarnya pada malam yang sama jugam kat Dataran U4 Kolej Perdana ada event Talent night yang menampilkan artis youtube.. ala yg femez lagu Cinta Muka Buku tu..

Najwa Latiff

Untung la korang dpt bergambar..
Malam tu aku agak kecewa..
malam tu sebenarnya aku ada test Material Science.. dah la kecewa ngan test pastu kecewa lagi tak dpt tangkap gambar ngan Najwa Latiff nie.. adeeeiii.. takpe la.. Nnt wawa dtg lg yer.. abg syg adik wawa.. Hahaha

22 Oktober 2011
XPDC Balai Cerap

apa la korang buat nie..??

Pegang mcm nie yer adik-adik..

Cap cili cap cili cap cap.. *silap banyak la kalau aku yang lead.. hahaha

Hooray..!!

Sepetang Bersama

Sharvin.. 

Haa~~ semput...

Cheers baru direka.. hehehe


Roket Air

Macam nie yer roket kami mahu kan.. kalau boleh sampai ke bulan..

Cepatlah buat.. banyak ckp la kau..

Berlepas..!!

Jauh tu....

Majlis Perasmian Fiescope..
pada malam ini, pelajar-pelajar nie semua bersama mahasiswa Kolej Perdana lain utk bersama memeriahkan Majlis Perasmian tersebut.. dan pada malam itu juga, aku menjadi MC lagi sekali utk Fiescope.. MC informal jee..

Rizal Marz.. Hahaha

Silat

Sajak..

Peace.. =)

Aku dah la ngah cuak nie nak wat persembahan kang nie..

1 Malaysia..

Rakan MC aku..

Persembahan pertama.. Nasyid dari SMK Sultan Alauddin..

Persembahab dinantikan.. Berbalas Pantun.. Pecah perut..! hahaha

Grand Prize Pertama : Ipad.. bdk skolah dpt.. serius tak puas hati.. huh..!

Grand Prize kedua : CSL

VIP dan Tetamu Kehormat..
23 Oktober 2011
Senamrobik..

Poco-poco-poco~~

Yaladan ~~ Yaladan~~ Yaladan~~

Senam tari 1 Malaysia..

ok.. apa dia buat nie.. aku tak boleh follow la..

Yeeeaayy..!!
Sukaneka.. (Kemuncak yang paling best.. Hahaha)


haa.. ini makan nyer... Hahaha

Semangat kau lari yer bdk Ipad..

Tiup dik sampai terkeluar halkum tu..

Jgn la gesel2 punggung ko kat aku..

Pemanas badan.. Hehehe

Terima kasih kerana sokongan anda semua.. sy berjaya menyambutnya..

170km/j dan hasilnya yg menyambut..............

Pecah.. Hahahaha

segala-segalanya bermula disini dan dari aku.. Mira mangsa pertama.. hahaha

Eka : cpt kejar dia..!
Mira : jgn biar kan die terlepas..
Rizal : Maaf2.. tgn aku dah luka nie..

Tanda penghargaan aku sbb sudi jadi pengarah program nie.. Hahaha

Cikgu tak cikgu.. kena tetap kena.. Hahaha

hamik ko.. ngn kitorg tak dpt.. ngan budak-budak nie ko dpt.. Hahaha
Aku pun tidak terlepas dari kena.. adeeeiii
Majlis Penutupan Kem Pendidikan

Pembaca doa paling style pnah aku ngok.. hehehe

ucapan pengarah kiter weii..

oh hoi che mad..

formal-formal

senyumm...

baru aku paham apa maksud tu.. hahaha

ni suka kew sedih ni bdk2 ni dah nak balik nie..?? =="

bye2 adik.. =')

Maka tamatlah dengan jayanya Kem Pendidikan kali ini walaupun dlm masa 3hari je kami prepare semuanya..
korang mmg terbaiklah.. thankz sbb bg kerjasama sgt2 menakjubkan.. walaupun semuanya pengalaman pertama kan.. lepas nie kita jumpa utk kem pendidikan lain plak.. lepas nie aku cari korang je kalau ada kem pendidikan lg.. ^^,