Wednesday, December 28, 2011

Hidup umpama layang-layang



Hidup umpama layang-layang.. kalau ada nyer angin maka terbang laa layang-layang itu.. jika tiada angin, layang-layang hanya mampu berdoa agar angin bertiup agar ia mampu terbang lagi.. walau bagaimanapun jika angin itu ada sekalipun, tetapi arah layang-layang di bawa angin belum tentu ia tahu ke mana perginya.. dan mungkin juga layang-layang itu berdoa agar angin itu tiada, supaya ia mampu turun semula..

Lumrah manusia sentiasa merungut dengan apa yang sudah ada.. dalam erti lain tidak bersyukur.. selalu kita dengar hidup umpama roda.. kadang-kadang berada di atas dan kadang-kadang berada di bawah.. tetapi maksud yang tersurat di situ ialah, hidup ini adakalanya gembira dan adakalanya sedih.. tetapi yang tersirat itu, ialah tidak kira kita di atas atau di bawah kita tetap roda.. dan kita tak berubah..

Apa yang aku cuba sampaikan ialah,
tidak semua kegembiraan itu selamanya dan tidak mustahil jika ada terselit kesedihan...
dan begitu juga tidak semua kesedihan itu selamanya dan tidak mustahil dalam kesedihan itu ada perkara yang mampu membuat kita masih tersenyum dan tertawa.. bila di timpa sesuatu musibah kita sering menyalahkan takdir.. mengapa ditakdir begini.. mengapa dilahir dalam keadaan begini.. mengapa jadi begini.. tetapi berapa ramaikah yang memikirkan bagaimana ingin keluar dari jadi "begini"..?? berapa ramaikah berfikir mungkin ada hikmah mengapa terjadi "begini"..?? pastinya ada tetapi berapa ramai..????

Tidak semua orang mampu berfikir positif di saat ditimpa masalah.. itu aku akui.. di saat membiarkan emosi mengawal diri, manakan mungkin hati menenangkan jiwa dan fikiran.. setiap masalah ada penyelesaiannya..?? ya atau tidak..?? mustahil atau mungkin..?? tiada sesiapa berani memberi jaminan setiap masalah itu ada penyelesaiannya.. semuanya di tangan ALLAH.. kerana apa yang berlaku semua atas kekuasaanNYA.. kita sebagai manusia biasa dan hambaNYA yang lemah hanya mampu menadah tangan dan berdoa disamping berusaha menyelesaikan sebarang masalah yang menimpa.. InsyaALLAH.. ^^,

p/s :Ingat..! menangis, meratapi dan merungut bukan cara untuk menenangkan diri.. sebaliknya carilah ketenangan di samping berfikir bagaimana dan mengapa masalah itu timbul dan apa cara penyelesaiannya..

5 comments:

  1. npe ni my mr.calculator..

    sabar k....:)

    ReplyDelete
  2. ;) xde pe la mai.. saja je wat renungan bersama.. hee

    ReplyDelete
  3. kuatkan diri.tabahkan hati.setiap yang berlaku mmg ade hikmahnya.
    cube dgr lagu ''musahabah cinta-edcoustic''
    selamat mendengar dan hayati :))

    ReplyDelete

Recent Posts