Thursday, June 30, 2011

Transformer: Dark of the Moon.. best movie of the year I ever watch..!!



Sana Sini Utara Timur Selatan Barat sume dok kecoh pasal Transformer...
Siapa tak tahu Transformer wei.. bdk2 tadika pun tahu.. 
Transformers Dark of the Moon, filem terbaru arahan pengarah filem sc fiksyen terkenal Michael Bay.. 
Mmg cite dinantikan oleh peminat n kaki2 movie.. Jomlah ngok sinopsis dia jap..


Pemerintah Amerika selama ini ternyata tak sepenuhnya jujur mengungkapkan apa yang mereka ketahui. Selama bertahun-tahun mereka mencoba mencari tahu tentang keberadaan makhluk hidup lain selain manusia yang menghuni bumi namun mereka tak pernah mengatakan kalau sebenarnya mereka telah memiliki sejumlah bukti.

Apollo 11 adalah bukti kemajuan teknologi luar angkasa Amerika Serikat. Di saat Uni Sovyet saat itu juga sedang berusaha menjadi manusia pertama yang menginjakkan kaki di bulan, Amerika serikat berhasil mendahului dan mendaratkan astronot pertama mereka di permukaan satelit bumi ini. Misi sukses ini menjadi tonggak sejarah awal keberhasilan manusia menjelajahi wilayah di luar bumi yang sebelumnya hanyalah impian belaka.

Sayangnya tak semua dokumentasi tentang pendaratan manusia pertama di bulan ini terungkap. Ternyata, saat mendarat di bulan, para astronot ini menemukan bangkai pesawat luar angkasa lain yang terpaksa mendarat darurat di sana. Masalahnya, bangkai pesawat ini bukan dari bumi. Apakah pesawat ini berasal dari Cybertron? Benarkah mereka sudah mencapai bumi saat itu?



Satu kekecewaan buat peminat Megan Fox kerana tidak dpt melihat dia bersama Sam (hero filem).. watak Megan Fox telah diganti oleh Rosie Huntington-Whiteley (nak detail korang klik kat nama dia tu).. tidak mengecewakan, watak baru ini berjaya membawa dengan baik..
*sebenarnya aku frust juga tak dpt ngok Megan Fox.. aku rasa dia berlakon ngn hero tu lagi terbaik kot.. tp xpe, mungkin perubahan nie akan membawa impak baru utk Transformer..

Apa aku nak komen utk filem nie, this is best bro.. klau nak bg ranking utk filem nie aku bg 4star and half wei.. half tu hilang sbb Megan Fox xde.. Hehehe sepanjang tahun nie aku g cinema inilah filem terbaik pernah aku ngok.. mmg filem nie takde tandinganlah.. cineme full je ngan Transformer sampai aku terpaksa duduk sit 4 dr depan.. mmg sakit tengkuk aku mendongak.. tp takpe rasa berbaloi.. buat pertama kali aku g cinema org ramai bertepuk tgn lepas habis movie.. nampak sgt mmg filem nie terbaik.. btw, aku pasti mesti ada sequel nnt..

Klimaks utk filem nie mmg penuh aksi dan babak mendebarkan.. aku suka part masa bangunan nak terbelah dua tu dan masa diorg meluncur turun dr bangunan tggi tu.. mmg suspens gila nak ngok mcm ner diorg nak selamat..
watak Sam dan 2ekor robot kecik yg selalu wat kecoh tu mmg banyak buat penonton nak tergelak ngn gelagat diorg.. Hahaha
Lastly, kepada korg belum ngok lagi cepat2 lah g ngok.. tak rugi kalau ngok kat wayang.. sbb mmg berbaloi.. kalau download ngok utk pertama kali mmg tak puas.. sound effect n video quality korg dpt mmg tak memuaskan.. tp kalau download utk ngok kali kedua ok.. kalau kali kedua nak ngok wayang juga, rabaklah poket.. Hehehe pergi wei jgn tak pergi..

p/s: bilalah filem malaysia leh wat mcm nie..??  tp filem malaysia terbaik kalau wat simple komedi mcm Hantu Kak Limah Balik Rumah.. itu Hollywood takleh kalahkan.. hehehe

Saturday, June 25, 2011

Sepah, Congratz.. Jozan, good Job..! ^_^


eh3..! takyah buat muka terperanjat.. aku ahli keempat Sepah.. Hahaha kali nie nak masuk Putera Maharaja Lawak plak.. Maharaja Lawak dah menang kan.. Hehehe



Berakhirlah sudah Maharaja Lawak dan juara pun sudah kita ketahui.. SEPAH..!!
adakah ini tuah dari Dafi..?? apa2 pun juara tetap juara.. persembahan sgt menarik utk kedua-dua persembahan..

Tetapi satu kekecewaan buat peminat Jozan.. Persembahan pertama yg agak hambar dan tiada isi.. di mana lawak2 killer Johan dan Zizan..?? mungkin tekanan sebagai pilihan juara membuatkan mereka seperti goyah jika tidak mampu menambat hati peminat2 mereka.. tetapi itulah yg berlaku..
Persembahan kedua seperti ingin menarik semula kepercayaan peminat tetapi sudah terlambat kerana Sepah dah menutup ruang tersebut dengan persembahan mereka yg kedua td.. satu kejutan membawa Dafi.. tp ia dah seperti dijangka sbb sebelum itu Jambu telah membawa sekali Zila Bakarin dlm persembahan mereka..
dan utk persembahan Sepah, mmg dinanti2 kan kemunculan Dafi dan ternyata jangkaan tidak meleset..

Perebutan Juara mmg dijangka antara Jozan atau Sepah.. seperti yg aku ckp review sebelum nie.. mmg dijangka oleh ramai peminat2 Maharaja Lawak yg Jozan mampu menjadi Juara berdasarkan populaariti mereka berbanding Sepah.. walaubagaimanapun, dr segi bakat ternyata kedua-dua kump mempunyai bakat yg tersendiri dan hebat.. tetapi segi keyakinan utk FINAL mlm ini, ternyata SEPAH berjaya menguasainya.. TAHNIAH SEPAH..!!

Nabil...mmg dijangka akan mendapat tempat ketiga.. persembahan pertama satu kejutan apabila patung spiderman tu bergerak.. Hahaha mmg tak sangka ada org dlm patung tu.. tetapi persembahan kedua, Nabil perlu berterima kasih kpd AC Mizal kerana  memberi dia peluang menghabiskan persembahan dan lagu panjang.. btw, we enjoy Nabil.. Good Job..!

Jambu..seperti Jozan.. persembahan pertama yg agak hambar.. tetapi persembahan kedua betol2 mengubat hati peminat Jambu.. kehadiran Zila Bakarin satu kejutan.. tp boleh lihat td Zila Bakarin seperti malu2.. hehehe kelakarlah juga ngok dia td.. dah berumur pun bergetah lg.. Hehehe Well done la Jambu.. korang tetap Jambu lah..!!

Sepah..No Komen..!! terbaik.. dan kehadiran mmg dijangka selepas ngok Jambu membawa Zila Bakarin bersama.. kesinambungan "haaaa...semput~~~" masih dibawa dan tagline itu masih segar hingga membuat semua gelak sampai hilang suara.. Hahaha

Jozan..Jozan..Jozan.. ramai pasti kecewa dengan persembahan pertama mereka.. tetapi, persembahan kedua, mmg menarik.. mengabungkan nyanyian dan tarian.. mmg terhiburlah.. Johan dan Zizan sgt kelakar mmg menari.. Mael Lambung dan Ah Chai, watak dah mmg sudah mampu buatorg ketawa.. btw Jozan, korang dah buat terbaik.. mungkin nasib menyebelahi korang.. aku rasa kalau persembahan pertama korg ganti ngan persembahan masa minggu ke 11 yg pasal Channel Astro tu aku rasa korang mampu jd Juara..

p/s : hilang suara sudah.. menjerit2 aku bila Sepah buat persembahan.. tambah plak Sepah diumum Juara.. terus berdiri aku tepuk tgn.. dah lah duk dpn skali td.. Hahaha N24 td pun dah mcm kat Stadium Melawati dah pun.. pukul 9mlm org dah mula penuhkan tempat.. kalau mcm tu lepas ada Maharaja Lawak, N24 kena wat pas masuk la.. Hahaha

Thursday, June 23, 2011

Siapakah Bakal Juara Maharaja Lawak..??



Final Maharaja Lawak..!! tinggal SATU HARI lagi..!!! tak sabar menanti siapakah juara..
Selepas 12 Minggu berentap kini tiba aksi final yg akan menyaksikan 3 peserta kumpulan dan 1 peserta solo.. Pelbagai kejutan dan lawak dpt kita lihat sepanjang 12minggu nie.. dan aku pasti ramai yg terhibur.. setiap peserta ada naik dan turun tp hanya yg dpt terus naik sahaja dpt maintain hingga ke final.. Jom review peserta2 akhir yg akan berentap esok..

Jozan
Seperti ada yg tidak kena pada minggu pertama hingga kena perli ngan Mamat Khalid.. munkin kerana terlalu over confident.. Namun sikap egois mereka berjaya dibuang hingga membuat mereka sentiasa berada di atas dlm undian oleh para peminat.. mempunyai pengaruh sgt besar di luar sana menjadi sebab mengapa mereka berjaya menambat hati peminat-peminat.. Gabungan Johan dan Zizan yg mmg ada keserasian dan kelebihan masing2.. Johan yg terkenal ngan watak Ah Chai dan Zizan sebagai Mael Lambung telah menjadi trademark para peminat2 mereka.. Untuk persembahan terbaik mereka aku pilih,

MINGGU KE 4 = Tabung Surau.. Kreatif diorg nie wat persembahan mcm nie.. style..!


MINGGU KE 11 = Channel Astro.. Kelebihan Johan meniru suara orang lain digunakan.. mmg kelakar gila.. first masa Johan gantung sign channel astro tu.. hahaha yg terkejut, Hafiz AF pun kena juga.. Begitulah awan nano nano nano nano nano...Hahaha

Sepah
Persembahan constant dan menaik dr kumpulan ini membuat mereka menjadi saingan hebat Jozan.. terdiri drpd 3org membuat mereka mudah membuat persembahan skesta pentas yg mudah.. bukan itu sahaja, pelbagai watak mereka mampu bawa.. tp yg sering ditonjolkan watak wanita.. dr gadis, makcik kampung, mak bidan hingga ustazah pakar motivasi pun kena.. haaaaaaaaaaaa....semput~~~ Hahaha trademark Dafi yg diperkenalkan dr minggu ke 5 oleh Shuib menjadi trademark utk kump Sepah ini.. walaupun mereka nie sendiri tak pernah pun jumpa Dafi.. Persembahan terbaik mereka yg aku pilih,

MINGGU KE 2 = Penjara.. masuk penjara atas kesalahan2 dan sebab tak masuk akal.. Hahaha yg aku rasa motif takleh terima curi buku kat perpustakaan.. Hahaha cara Shuib cite masa tu pun dah mmg kelakar.. 

MINGGU KE 10 = Bidan.. Yg nie mmg takleh belah.. sedut guna vacumm.. Hahaha "mak bidan, mcm nak kopak oo" hahaha..

Nabil
Populariti telah menyelamatkan dia.. bermula dengan baik pada minggu pertama tetapi mula nampak merosot apabila minggu ke5 yg dia wat pasal detektif tu.. nmpk banyak mistake n lawak tak berapa jadi.. tambah plak pada minggu tu kena nganjing ngan Amir.. Kesian gila kat Nabil sampai kena kutuk mcm2 sbb persembahan dia yg semakin merosot.. hinggakan bila tiba giliran dia, ramai mcm dah malas nak ngok.. tetapi Nabil seorg yg kuat semangat dan tak putus asa sehinggalah dia berjaya bangkit dan kini berada di pentas akhir Maharaja Lawak.. Satu-satunya peserta solo mmg membawa cabaran besar.. disebabkan beraksi solo dia sering tampil dengan stand up komedi dan terpaksa berinteraksi dengan halimunan.. Terbaik dan mengecewakan dan itulah kelebihan yg Nabil ada.. Persembahan terbaik dia yg aku pilih,

MINGGU KE 3 = minggu bertemakan musical komedi.. Nabil the best utk tema nie.. kreatif menggunakan lalat dikumpul menjadi piano dan kemudian beralunan lagu Grenade.. tp lirik merepek.. Hahaha Lirik dia mmg kelakar tambah plak ngan gaya dia men piano tu.. Hahaha

MINGGU KE 11 = kebangkitan Nabil.. dpt lihat mcm ner dia mendapat pujian dr juri dan juga tepukan yg begitu gemuruh dr penonton.. Patung spiderman tu smpai episod minggu depan nyer pun dia bwk.. bawa tuah kot patung tu.. Hehehe Ulut tapai kakai.. Hahaha

Jambu
Muka Legend Hati Kiut.. itulah mereka.. gabungan Yus dan Taukeh.. mmg serasi.. muka Yus yg mmg ganaz tp bila wat bodoh2 mmg nampak lawaklah.. Hahaha sering mendapat pujian dr juri dan juga penonton hingga diiktiraf lawak mereka tahap International oleh Mamat Khalid.. Namun sejak akhir2 nie, persembahan mereka semakin merosot.. mungkin ketandusan idea.. mereka bertuah kerana juri memberi imuniti kpd mereka.. tp mereka mmg dah bwk mcm2 kelainan dr segi persembahan lawak pentas.. Yus, klau jadi watak pompuan mmg kelakar habis.. dan Taukeh plak jd lelaki yg nak tackle Yus.. Apee pun tak boleh.. Hahaha Tggu lah nnt, ngok apa plak kelainan mereka akan bwk yg bertaraf International utk final esok.. Persembahan terbaik mereka yg aku pilih,

MINGGU KE 4 = Buat pertama kali Yus tampil ngan gaya perempuan.. yg takleh belah wat gaya mcm Nora Danish.. Hahaha part paling best masa Taukeh kejar Yus.. padahal lari setempat je.. Yus yg over gila lari masa tu.. ada kew Nora Danish lari mcm tu.. Hahaha

MINGGU KE 6 = Half silent comedy.. disebabkan mereka, minggu seterusnya tu semua peserta diberi tema silent komedi.. mcm2 jenis sukan diorg bantai buat.. tp hanya gaya.. Hahaha simple but very funny..

Pasti para peserta sedang bertungkus lumus skrg memerah otak nak cari idea utk merebut gelaran Juara Maharaja Lawak... sebagai peminat2 setia pasti yg terbaik dr semua peserta kami nak lihat.. jgnlah hampa kan kitorg yer.. 
Jgn lupa yer esok, Jumaat jam 10malam bersiaran langsung di Stadium Melawati, Shah Alam yg akan di siarkan di Astro Warna.. Jom saksikan beramai2 dan undilah peserta kegemaran anda..! yeay..!!
p/s : doa-doalah esok tak hujan mlm tu masa ngah live.. takot nnt bila hujan lebat tak dpt ngok Astro, xdpt ngok Astro Warna, tak dpt ngok Maharaja Lawak..

Tuesday, June 21, 2011

BlogKu bersarang..! Entry tak siap-siap..



Minggu yg sangat MALAS...!! why..?? why..?? why..?? =.="
aku pun tak tahu.. setakat nie ada dua entry aku dah draft tp tak habis-habis tulis lg..

Pertama, aku nak story pasal kwn2 matrik aku dulu.. aku rindu gila kat diorg so that why aku nak buat entry khas utk diorg semua...
Kedua, aku nak kongsi ckit pasal bagaimana kita nak baca seseorang tu menyukai kita..


Aktiviti aku sepanjang minggu nie n minggu lepas dan lepas yg buat aku takde masa nak siapkan entry2 aku tu..
1. Layan Nora Elena.. nak kejar episod punya pasal..  Hehehe tp sekarang dah habis ngok.. 
nak komen ckit.. Episod last mmg mendebarkan bila Yvoone campak konon2 baby dr kereta tu.. huh..!
Beruntunglah kalau ada seribu suami mcm Seth Tan..
 
2. Dah habis Nora Elena skrg layan cite Korea.. mcm pelik je kan.. Hahaha mcm ner aku leh tersangkut ntah lah.. Hahaha
100 Days With Mr Arrogant.. Movie yg membuat aku tertarik pada korea..
 

3. Busy ngan meeting Kem Pendidikan kat Bagan Dato, Perak.. Sabtu nie nak g meeting kat sana.. so busy lah ckit discuss pe yg patut..
Bla~~Bla~~Bla~~

4. Ketagihan main game Worm 3D.. Best gila woo game nie.. Layan habis.. Comel je ngok cacing2 dlm game nie..
Game nie dah lama dah.. tp aku baru layan je.. Hehehe

5. Spend time bersama yg tersayang.. masa2 nie lah nak spend time.. nnt dah balik Ipoh, dah tak dpt jumpa.. terpaksa berpisah jasad, tp hati tetap bersama.. <3<3<3
to Ayuy Buchuk-> Nnt sy dah balik Ipoh, awk jgnlah sampai demam2 rindu sy tau.. Hehehe


Persoalan sekarang, bila aku nak siapkan entry tu..?????
hurrrmmm..tggu lah nnt.. hehehe bak kata David Teo, "bukan janji, tapi pasti..!" HAHAHA

Thursday, June 9, 2011

Tersangkut ngan Nora Elena


Nora Elena.. Sape yg tak tahu cite nie.. dr peringkat bdk sekolah sampai standard umur mak aku pun duk layan cite nie.. Cite jiwangkan tp jgn ingat pompuan je ngok.. Lelaki pun ada ramai tersangkut ngan cite nie.. ni bukan auta tp mmg fakta.. kwn2 aku tu, muka brutal mcm Mael Lambung tp layan habis cite Nora Elena nie.. Hahaha



Actly aku dulu tak layan cite nie.. Dulu ckp kat org, ape benda la best cite nie.. tp last2 aku yg terasa best dan siap promote kat kwn2 lg.. termakan kata2 sendiri.. Hahaha
Kisah bermula mcm nie....
Satu malam nie, aku dah kebosanan tahap gila baby.. Then aku g la bilik kwn aku, Joe.. Dia nie Taukeh movie, mcm2 cite pun dia ada.. Actly aku dtg bilik dia nak amik movie best2 lah.. Then tiba dia promote Nora Elena kat aku.. masa tu dia baru dwload 3episod.. aku pun amik ketiga-tiga episod tu dan satu cite lg Universal Soldier.. mula2 ngok la episod 1 Nora Elena tiba dah sangkut habis.. setakat nie baru ngok episod 6... pasni nak ngok episod 7 plak..
Mcm ner leh sangkut nie..??? Hahaha

Korang perasan tak kalau drama dulu biasanya guna Email Yahoo utk anta sumthing or Yahoo Messenger utk webcam.. tp Drama sekarang nie dah guna Facebook n Skype dah.. Nora Elena pun guna Fb n Skype tau.. Hehehe
Apa yg aku tertarik kat drama nie, bukan pelakon2 dia tp jalan cerita nyer.. Jalan cite yg mmg tak penah ada drama melayu buat lg.. konflik pelbagai.. itu yg aku suka dan buat2 aku tertunggu2 next episod..
Klau nak story jalan cerita, aku tak perlu sbb ramai dah tahu kan..
Apa info aku nak kasi kat sini, OST yg ada dlm drama nie.. rasa pasti tak tahukan... let see...!

Dan Bila Esok - Sofaz
Sesuatu yang Berbeza - Sofazr
Biar Hati yang Mencintai - Sarah Aqilah
Terhenti Di Sini - Asfan
Berubah - Erry Putra & Reen Rahim
Jangan Kau Pergi - Erry Putra & Reen Rahim

antara lagu nie, aku paling suka lagu, Sesuatu yang Berbeza - Sofazr.. lagu nie best n liriknya pun sungguh bermakna..


Sbb gilakan Nora Elena sampai sanggup awek sendiri dimadukan ngan Nora Elena.. Hahahaha
sorry yer awk kalau sy balas msj awk lambat tu, tu tanda sy ngah layan Nora Elena la.. Nak kejar episod nie.. Hehehe

p/s: terasa mcm ketinggalan pun ada.. org dah layan bper episod dah tp aku baru terkedek2 nak layan.. Hehehe tp xpe.. demi Nora Elena aku sanggup terima apa jua cabaran dan cemuhan.. Hahaha

Thursday, June 2, 2011

Apabila Lelaki itu menangis utk seorg Kekasih..



Hati dan perasaan tidak mengira jantina lelaki atau wanita.. Kalau dilahirkan sebagai seorg insan mmg dr zahir dan batinnya semua perasaan itu wujud.. 
Dalam satu-satu hubungan perselisihan dan persengketaan tidak dpt dielakkan..
sehingga kdg2 kita sendiri tidak tahu punca asalnya..
tp semua itu bukan alasan utk kita memutuskan sesebuah perhubungan..
setiap masalah yg timbul pasti ada punca dan penyelesaiannya...
cuma kdg2 ia agak rumit utk diselesaikan..
walaubagaimanapun. berusahalah membaiki sesebuah hubungan..
kpd para wanita di luar sana, ingatlah.. sekeras2 seorg lelaki itu, dia tetap mampu mengalirkan air mata jika dia benar2 menyintai seseorang wanita tersebut..
video nie adalah rintihan seseorang yg bernama seorang LELAKI.. hayatilah..



p/s : video ini utk santapan umum.. rekaan semata-mata.. tp cubalah hayati msj yg hendak disampaikan.. hanya yg pernah melaluinya sahaja mungkin merasai..