Wednesday, December 28, 2011

Hidup umpama layang-layang



Hidup umpama layang-layang.. kalau ada nyer angin maka terbang laa layang-layang itu.. jika tiada angin, layang-layang hanya mampu berdoa agar angin bertiup agar ia mampu terbang lagi.. walau bagaimanapun jika angin itu ada sekalipun, tetapi arah layang-layang di bawa angin belum tentu ia tahu ke mana perginya.. dan mungkin juga layang-layang itu berdoa agar angin itu tiada, supaya ia mampu turun semula..

Lumrah manusia sentiasa merungut dengan apa yang sudah ada.. dalam erti lain tidak bersyukur.. selalu kita dengar hidup umpama roda.. kadang-kadang berada di atas dan kadang-kadang berada di bawah.. tetapi maksud yang tersurat di situ ialah, hidup ini adakalanya gembira dan adakalanya sedih.. tetapi yang tersirat itu, ialah tidak kira kita di atas atau di bawah kita tetap roda.. dan kita tak berubah..

Apa yang aku cuba sampaikan ialah,
tidak semua kegembiraan itu selamanya dan tidak mustahil jika ada terselit kesedihan...
dan begitu juga tidak semua kesedihan itu selamanya dan tidak mustahil dalam kesedihan itu ada perkara yang mampu membuat kita masih tersenyum dan tertawa.. bila di timpa sesuatu musibah kita sering menyalahkan takdir.. mengapa ditakdir begini.. mengapa dilahir dalam keadaan begini.. mengapa jadi begini.. tetapi berapa ramaikah yang memikirkan bagaimana ingin keluar dari jadi "begini"..?? berapa ramaikah berfikir mungkin ada hikmah mengapa terjadi "begini"..?? pastinya ada tetapi berapa ramai..????

Tidak semua orang mampu berfikir positif di saat ditimpa masalah.. itu aku akui.. di saat membiarkan emosi mengawal diri, manakan mungkin hati menenangkan jiwa dan fikiran.. setiap masalah ada penyelesaiannya..?? ya atau tidak..?? mustahil atau mungkin..?? tiada sesiapa berani memberi jaminan setiap masalah itu ada penyelesaiannya.. semuanya di tangan ALLAH.. kerana apa yang berlaku semua atas kekuasaanNYA.. kita sebagai manusia biasa dan hambaNYA yang lemah hanya mampu menadah tangan dan berdoa disamping berusaha menyelesaikan sebarang masalah yang menimpa.. InsyaALLAH.. ^^,

p/s :Ingat..! menangis, meratapi dan merungut bukan cara untuk menenangkan diri.. sebaliknya carilah ketenangan di samping berfikir bagaimana dan mengapa masalah itu timbul dan apa cara penyelesaiannya..

Sunday, December 25, 2011

Lepaskan tension

cacatan 23 Disember 2011, Jumaat

Alhamdulillah, selamat juga aku sampai ke rumah dengan selamat.. agak long journey kali nie.. biasalah menumpangkan.. kena ikut orang laa.. sekarang nie bukan cuti sem lagi.. tapi aku dah balik.. hehehe study week pun bukan.. hahaha
sebenarnya kelas aku last hari khamis semalam.. so aku balik laa sekejap.. tapi minggu depan hari khamis ada presentation etnik plak.. so, kena balik UTM sebelum khamis laa..

Aku balik nie sebenarnya, bukan ada apa sangat pun.. saja je aku nak balik untuk release sume stress minggu lepas sebelum nak stress dengan paper-paper final plak nanti.. serius..! memang minggu lepas minggu paling aku stress dalam sem nie.. test berderet-deret.. lepas tu jawab dah macam apa.. mahu tak stress.. tambah plak baby 135LC aku tu buat hal plak.. balik UTM nie kena bawa pergi kedai plak nak ubat kan dia.. 

Untuk final kali nie 1st time rasanya aku masuk UTM nie, aku ada paper dalam satu hari.. yang nie aku risau.. takot aku serabut je nak sumbat dua benda dalam otak dalam satu malam.. aku nie, dah laa last minit punya study.. tp takpe laa.. aku try yang terbaik kali nie.. doa-doa kan yer kawan2..

di kesempatan nie juga aku nak ucapkan selamat berstudy week dan good luck dalam final exam nanti..
Caiyok-caiyok.. ^^,



p/s : gambar sekadar hiasaan.. hehehe 

Thursday, December 15, 2011

minggu test.. suka nyer..!!!



cepat-cepat lah abis test.. kesian blog ni dah terabai..
pastu aku nak balik rumah..!!!
tenangkan fikiran sebelum get ready utk final exam plak..

Jadual test :

17/12/2011:
pagi = vibration & mechanics of machines
malam = material science

18/12/2011
pagi = solid (Test 2)

21/12/2011
pagi = Thermodynamics
petang = Solid (Test 1)

*solid ada dua test sbb test 1 aku tak amik lagi hari itu.. sbb aku MC (tekanan darah tinggi)..

so minggu nie sgt2 busy.. dan tekanan tahap maximum..
study last minit mcm nie la.. tapi nak buat mcm ner.. dah mmg style aku..
wish me luck guyz..!

Tuesday, December 6, 2011

Bagaimana menangkap sekumpulan gajah



Haa..bosannya hari ini.. tertiba terlintas kat fikiran nie rasa macam nak bela pets la..
nak bela apa yer.. errrmmm.. 
Hamster.. laju sgt.. kalau dia masuk celah-celah almari susah nak ambil balik..
Kura-kura.. tak comel.. pastu suka malu-malu.. sorok-sorok kepala..
Kucing.. haaa..! taik dia busuk...
Ikan.. tak best.. sbb takleh nak pegang-pegang..

aku rasa nak buat lain dari yang lain la.. aku nak bela GAJAH... haish..!! janganlah terkejut.. buat muka 
biasa dah la.. Hehehe kalau nak beli gajah nie, takda jual kat kedai.. kalau nak minta kat zoo, comfirm-
comfirm tak dapat.. kat gajah spesies terancam..  
so last option..tangkap sendirilah.. hehehe 
nie aku ada jumpa satu cara mcm ner nak tangkap gajah.. jom belajar sama-sama.. Hehehee

1.      Tebang pokok hutan utk membuat tiang besar (sebesar paha lelaki, 20 kaki panjang)..

2.      Pacak tiang ke dlm tanah selang enam inci antara satu dgn yg lain dan ikat erat setiap tiang dgn tali, menghasilkan satu kurungan bulat sebesar lebih kurang 120 kaki persegi..

3.      Di bahagian atas kurungan ini, bina sebuah pelantar di mana manusia boleh berdiri..

4.      Letak batang tebu dan pokok pisang di sepanjang laluan menuju kekurungan..

5.      Masuk ke  dlm hutan, cari tempat gajah berkumpul dan usir kawanan itu dengan tembakan senapang dan teriakan..

6.      Gajah-gajah ini akan tertarik dgn batang tebu dan pokok pisang di sepanjang laluan, akan memakannya dan secara tak sedar masuk ke dlm kurungan..

7.      Setelah gajah masuk kedlm kurungan, tutup pintu masuk..

8.      Tusuk gajah-gajah ini dgn menggunakan pedang dan kayu apabila ia cuba memcecahkan pagar kurungan..

9.      Kurung gajah-gajah dlm kurungan selama 10 hari tanpa makanan dan air..

10.  Hulurkan gelung rotan yg disangkut dgn umpan pisang ke dlm kurungan.. ikatkan leher gajah dan ikat bahagian satu lg ke pokok..

11.  Masuk ke dlm kurungan dan pasang rantai ke kaki gajah.. bawa keluar dr kurungan..

12.  Hindarkan memberi gajah makanan atau air, kerana ia lebih mudah dikendali dlm keadaan lemah dan hanya memberinya makanan jikaberkelakuan baik..


Haaa.. mcm ner..?? senang je kan.. ada siapa-siapa nak ikut aku tak..?? Hehehe
nak ikut boleh tapi bersiap sedialah untuk dikenakan tindakan undang-undang.. hehehe
dah tau kan Gajah adalah spesies terancam, so menangkapnya adalah salah.. 
sekiranya ada terdengar siapa-siapa nak buat kerja gila nie secara haram cepat-cepatlah report WWF..
bukan World Wrestling Federation tetapi World Wildlife Fund.. 
Selamatkan hidupan liar daripada mereka yang tidak bertanggungjawab.. ^^,

p/s : Kalaulah aku bela gajah betul-betul, rasa-rasa mampu kew aku nak handle..?? takot kena pijak
balik je.. hahaha 

Thursday, December 1, 2011

Pengalaman itu mengajar.. (JKM 2011/2012)



Masih ingat post aku yang pasal pic bwh nie..??? kalau ada sesiapa baca korang tau laa..



Sebenarnya apa yang bermain dlm fikiran aku masa tu pasal JKM..
Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM)..
berkuatkuasa 1 Disember 2011 maka aku dan kawan2 jkm yg lain secara rasmi ditamatkan perkhidmatan sebagai JKM dan menyerahkan kuasa kepada JKM yang baru..
Tak sangka.. cepat je masa berlalu.. masa dekat pertengahan dulu rasa macam lama je nak jadi JKM nie.. tp skrg rasa cepat plak.. Hehehe




Perasaan sekarang..???
errmm.. tak tahulah nak gambarkan mcm ner.. kdg2 tu ada rasa seronok.. sbb lepas nie tak ada meeting, kerja2 last minit, program itu program ini.. memang bila tiba waktu busy nak test lah apalah then datang plak program2 kolej yang kena handle.. masa itu mmg strees usah nak ceritalah.. tapi dah jadi tanggungjawab, so nak taknak kita kena buat juga kan.. ^^,
Sedih..?? pun ada.. tak tau laa tiba2 rasa sedih.. maybe sebab lepas nie rasa  maybe dah takkan serapat dulu ngan kawan2 JKM.. hope jgn mcm tu k.. kita tetap kawan kan.. ^^,
Jelezz pun ada.. jelez ngok JKM baru.. seronok dan excited je ngok diorang semua nak bekerja.. hope keseronokan korang tu kekal sampailah korang pencen k.. ^^,

Nie ada sedikit kata-kata aku nak sampaikan kat korang ex-JKM dan juga JKM baru.. 

to ex-JKM :
Tadi aku ngok semua balik post-post kita semua dekat group.. macam mood ada dalam setiap post tu.. ada yang kelakar, marah, touching, gurau senda, berkelahi.. Hehehe tetapi semua tu biasalah kan kalau bekerja sama-sama.. tp semuanya dapat kita selesai sama-sama.. kalau touching pun tak lama, esok atau lusa mesti baik balik.. Hehehe

btw, thank kat korang semua sbb bg support dekat aku saat aku mmg dah nak down gila dulu.. kalau tak, mmg dah lama aku pencen.. Hehehe mana silap-silap aku secara langsung kew tak langsung kew harap maafkan k.. terus terang aku ckp, aku mmg malas dtg meeting.. sorry tau.. ngee~~ ^^, yang mana aku touching-touching tu sorry laa.. aku touching jap je.. lepas tu aku lupa dah.. yang mana pernah kena marah, kena perli ngan aku tu sorry laa.. kadang-kadang tu emosi terganggu bila ngah stress nie.. sorry kawan2.. jgn simpan dlm hati kan..

kita pernah janji dulu masa pembentukan JKM kita nak jadi satu family dan masa pemantapan pun kita ulang benda sama.. so kita TETAP SATU FAMILY.. jgn lupa kwn2 k.. lepas nie rasanya kita leh je lepak sama-sama lagi kan.. terus terang skrg nie aku rindu plak meeting, busy-busy program, dapat msj dari kwn2 jkm ckp ada meeting.. lepas nie dah takda dah semua tu.. miss that moment..
lastly, hope korang semua happy dan lepas nie fokus pada study je k.. daa~~

to new-JKM:
dgr nie..! abg JKM nak ckp nie.. benda paling penting korang dah masuk JKM nie, niat dalam hati sentiasa IKHLAS dalam buat kerja.. ingat..!! dlm last minit punya kerja pun pastikan kerja tu siap.. jgn tinggalkan mcm tu je.. kalau ada nampak mcm something wrong antara korang cepat-cepat selesaikan.. jgn ada masam-masam muka antara korang.. sbb benda-benda mcm nie bukan effect dua org tp semua skali..

lagi satu, bersedia utk semua keadaan bila dah jadi JKM.. paling penting bersedia utk gagal dan bersedia juga utk bangkit semula.. kerjasama, terus terang dan tolak ansur tu sgt penting.. tu je pesanan aku.. lain-lain tu rasanya korang dah dgr masa pembentukan hari itu kan.. akhir kata, Selamat menjalankan tugas kepada korang semua.. ^^,



p/s : Seribu luka, Seribu keperitan, Seribu kesusahan, Seribu tawa, Seribu kepuasan, Seribu kesenangan tetapi Tidak terkira pengalaman yang aku perolehi.. JKM satu tersurat, tetapi beribu-ribu yang tersirat.. 
terima kasih kawan-kawan JKM semua.. =')