Monday, September 19, 2011

10 Jenis Hantu Melayu



Hantu..?? siapa tak tahu apa itu hantu.. kat seluruh dunia ada macam-macam hantu.. 
tengok je lah movie-movie hantu.. sampai aku sendiri pun tak tahu nak beza hantu apa dan semakin hari semakin banyak hantu baru wujud.. yg terbaru Hantu Bonceng.. Hahahaha



korang dah tengok kew cerita tu tottt..?? download punya dah keluar toooottt... cepat-cepat tengok toott.. Hahaha sebelum ngok hatu bonceng tu,
meh..!! aku nak kongsi dan sharing is caring dengan korang 10 hantu melayu yang wujud dari nenek moyang kita lagi.. 

Orang minyak
Orang minyak ialah perogol berkuasa luar biasa yg sukar dilihat dan ditangkap kerana dia hitam dan berminyak.. sasarannya ialah perempuan muda di kawasan kampung..

Hantu tetek
Hantu tetek menyerupai perempuan tua yg menculik kanak-kanak yg bermain di luar rumah di waktu maghrib dan menyembunyikannya di bawah teteknya..

Orang bunian
Makhluk halus yg tinggal dlm masyrakatnya dlm hutan tebal.. sebahagian diketahui membantu manusia, sementara yg lain dikatakan menculik manusia..

Kum kum
Dipercayai merupakan roh perempuan tua yg perlu meminum darah anak dara bg mengembalikan kemudaan dan kecantikannya.. dia dikatakan akan mengetuk pintu dlm keadaan memakai telekung, mengucapkan “kum kum” kerana tidak dapat mengucapkan salam cara org Islam dgn betul..

Hantu pocong
Berbungkus kain putih, hantu pocong akan melompat-lompat dan bergolek-golek secara liar.. mengikut amalan pengebumian jenazah orang Islam, apabila mayat diletak dlm liang lahad, ikatan kafan mesti dibuka.. mengikut cerita, jika ikatan tidak dibuka dengan betul, mayat akan menjadi hantu pocong..

Toyol
Toyol adalah anak kecil bogel bermata merah dan bergigi tajam.. ia disimpan tuannya dlm botol dan dilatih utk mencuri. Tuannya mesti memberi mkn setiap mlm dgn membiarkan toyol menghisap darah dr ibu jari kakinya..

Pelesit
Pelesit menyerupai belalang.. kebanyakkan dipelihara oleh orang perempuan utk memusnahkan musuhnya dan mendapatkan wang.. setiap purnama penuh, ia dijamu darah dr jari tgn tuannya..

Hantu raya
Dipelihara oleh seseorang utk memusnahkan musuhnya.. ia selalunya menyerupai tuannya, juga org lain.. ia mesti diserahkan kpd org lain sebelum tuannya mati kerana jika tidak si pemilik akan menjadi mayat hidup..

Hantu penanggalan
Hantu penanggalan menyerupai org perempuan dgn bahagian atas badannya terpisah drpd bahagian bwh dan tali perutnya terjuntai.. mangsanya ialah perempuan mengandung dan kanak-kanak..

Pontianak
Pontianak ialah jembalang perempuan penghisap darah yg bergerak di kawasan hutan dan kubur.. ia selalunya menyerupai perempuan cantik dan menggoda serta wangi dengan bau bunga kemboja..

**pernah terserempak kew dengan mereka ini..?? pesanan penaja.. jangan biarkan hidup anda diselebungi.......misteri....



p/s : lepas baca ni mesti ada juga takut tido malam kang.. hehehe

17 comments:

  1. hahahaa...hntu top 10 eh?sgt2 mnarik!

    ReplyDelete
  2. Hantu galah? G masuk acara lompat tinggi eh? haha

    ReplyDelete
  3. haha ! seram sikit lahhh. naknak kumkum dengn pon. hoho.

    ReplyDelete
  4. wow hantu2 top 10 tue , buat2 berani je nie padahal seram jugak hehe..

    ReplyDelete
  5. erk eleh tak takut ponggggggg.bhahaaa padan mukaa.woihhh kum kum tu macam kool je kannn kannn ?

    ReplyDelete
  6. muniera: mmg menarik.. dtg kaco ko lg menarik wei.. haha

    ReplyDelete
  7. ishak : hantu galah ko la.. sbb ko tggi benor.. haha

    ReplyDelete
  8. zaheraa : tido mlm baca yassin yer.. hehe

    ReplyDelete
  9. amy : seram kew..?? hehe xpe wat santapan rohani.. ehhee

    ReplyDelete
  10. msred : skrg pling glamer hantu bonceng la.. haha

    ReplyDelete
  11. eka : amboi ckp besar.. kang dtg btol2 kang.. haha

    ReplyDelete
  12. mikes : kat malaysia je.. kat negara lain kalau campur2 lg bnyk.. hehe

    ReplyDelete
  13. kocik: haha.. jgn smpai tak tido mlm suda la.. hehe

    ReplyDelete

Recent Posts