Tuesday, January 17, 2012

Bye Sem Tiga..



Alhamdulillah.. pada 16 Januari 2012 tepat jam 11.30pagi bertempat di DK1 N24 Universiti Teknologi Malaysia telah tercipta satu tarikh bersejarah.. tarikh tamat sudah secara rasmi sebagai pelajar Tahun dua semester satu ataupun senang cerita semester tiga la.. Hikhok..!

Paper yang terakhir aku ialah Vibration.. ok taknak cerita pasal paper tu.. kecewa..! test punya steady je jawab sampai final punya soalan berpusing-pusing dia tanya.. haish.. =.=" tapi untuk sem nie rekod aku untuk tiga semester ini belum terpadam.. Hahaha rekod apa..?? nak tau kew..?? rahsia laa... hanya orang terdekat je boleh tahu..  Hehehe

Setiap yang berakhir pasti akan permulaan yang baru..
so, pasti untuk semester depan aku ada azam baru.. kira satu set dengan azam 2011..
(sedih dan kecewa sebab tak sempat nak update entry baru pasal tahun baru.. busy sangat dengan exam..)
Untuk semester empat nie, aku bercita nak KAHWIN...!! 
ok saya tipu saja.. hehehe ok..aku serius.. 
  1. Nak berjoging selalu... aku bukan tak rajin bersukan.. rajin.. tapi bab berjoging nie malas sangat.. actly, berjoging adalah cara aku paling senang untuk aku stop ataupun kurang merokok.. aku berjaya buat masa sekolah menengah dulu dengan cara ini.. sebab bila aku berjoging semakin hari aku mesti nak joging lagi jauh.. so aku perlukan stamina.. sebab tu aku nak tak nak aku kena kurangkan or berhenti merokok.. doakan aku kawan-kawan semua.. ^^,                    
  2. Nak buat saving di awal-awal sem.. sebelum nie kalau hujung sem mesti dah sesak-sesak perut aku.. jadi untuk sem depan aku nak saving dari awal.. maybe dengan cara aku kurangkan merokok aku mampu.. walaupun dalam nak saving tu aku ada benda nak beli.. Hehehe.. 
  3. Semoga sem depan aku takde banyak sangat masalah yang menimpa-nimpa.. macam sem nie nak hujung-hujung sem macam-macam benda nak jadi.. takpe la.. maybe ada hikmah di sebalik yang berlaku.. aku cuma berdoa semua masalah yang terjadi nie cepat selesai dan aku berdoa keluarga aku bahagia dan selamat dari semua hasad dengki orang lain.. AMIINNN...
  4. Nak rajin study dan taknak ponteng kelas lagi... ini azam aku setiap sem.. tapi tak pernah berjaya pun.. Hehehe tapi kali aku akan CUBA lagi.. Hehehe

Inilah benda yang aku nak beli tu.. Untuk tahun 2012, Team Marine'10 dah main dua game..
Game 1: Marine'10 vs Civil  (1-0)
Game 2 : Marine'10 vs Last Year (1-1)
dan membuat aku nak beli sebab kedua-dua gol Marine'10 tu aku yang jaringkan..
Hooyeeehh..!! ^_^

Ok.. hope semua azam dan matlamat aku untuk sem depan berjaya.. dan kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat bercutilah kepada semua.. Jumpa korang semua sem depan k...
^_^

p/s : alamak.. esok nak balik..! baju tak basuh lagi.. pergi basuh baju dulu la.. 

1 comment: