Monday, May 23, 2011

Glory-Glory Manchester United



Akhirnya kejuaraan sah milik Manchester United utk season kali nie.. Lebih manis kejayaan kali ni diraikan di hadapan penyokong-penyokong sendiri di stadium keramat Old Trafford..Tahniah diucapkan..!!
Selepas dikecewakan Chelsea pada musim lepas dengan hanya perbezaan jaringan kali Man U menebus kekecewaan peminat.. Thankz Man United's..!!

Perlawanan terakhir musim ni menentang Blackpool dijangka satu perlawanan mudah tp berlaku sebaliknya.. Satu permainan yg menarik antara kedua-dua pasukan tidak mengecewakan para penonton terutama penonton-penonton di N24 UTM td.. Hehehe Walaupun tak ramai sebab dah ramai balik tp suasana kat N24 td agak meriah dengan suara-suara kami.. Hahaha Dari awal permainan lagi dapat lihat kedua-dua pasukan begitu ghairah mencari gol seperti kami yg ghairah bersorak utk Man United..



Ngok la.. kedua pasukan berbalas-balas jaringan sehinggalah jaringan sendiri oleh pemain Blackpool sendiri ibarat membangkit semangat baru dalam diri pemain-pemain Man U utk memburu gol..
Walaubagaimanapun dlm kegembiraan Man U meraikan kejuaaraan kali ini ada kekecewaan dlm diri pemain Man U sendiri iaitu Berbatov.. Beliau begitu dahagakan gol utk merebut anugerah Kasut Emas dan bersaing dengan pencabar terdekatnya Tevez dari Manchester City.. Tapi tuah tidak hinggap di kaki Berbatov kali ini.. Kalau lihat dari awal permainan lagi rakan-rakan sepasukan berusaha utk dia mendapatkan jaringan tetapi semuanya dipersia-siakan..
Pandangan aku, aku dapat rasakan Berbatov berada dlm tekanan utk mendapatkan anugerah tersebut sebagai platform utk dia stay ngan Man U pada musim depan.. Jadi disebabkan itu dia terlampau ghairah dan menyebabkan dia hilang fokus..

Berbatov, Tahniah atas peningkatan prestasi pada musim ni.. =)


Seronok ni hanya sementara je buat Man United.. Minggu depan ada lagi satu trofi berharga iaitu UEFA Champion League.. Game kali pasti lebih mantap dan penuh saingan.. Menentang pasukan terhebat dengan kawalan bola yg kemas di bahagian tengah oleh Xavi dan Ineista dan penyudah berbisa Messi dan Villa serta pertahanan kanan yg ibarat lipas kudung Alves.. Dibantu pula benteng gawang yg kebal oleh Puyol dan Pique dan kubu terakhir iaitu Victor Valdes..


THE CATALAN VS THE RED DEVILS

Pasti kali ni ada kejutan taktikal yg akan dibuat oleh Sir Alex Ferguson utk menentang Gergasi Eropah ni.. Pastikan Kejuaraan milik Man United Ferguson..!!

p/s : Utk Game kali nie aku mcm berbelah bahagi.. kedua-dua team aku sokong.. Tapi hati aku lebih ke Man United.. so...GO GO GO MANCHESTER UNITED..!!

1 comment:

Recent Posts